PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Isnin, 13 Ogos 2012

Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam

TATATERTIB - Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam
Posted by balan on 13/08/2012 10:00:00 am (1067 reads) News by the same author

***** MAKLUMAN *****

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak

Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Bersama-sama ini di sertakan surat siaran Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan:

Arahan Pematuhan Waktu Bekerja

3. Kerjasama tuan dalam memastikan pegawai awam di bawah seliaan tuan sentiasa mematuhi waktu bekerja seperti mana yang telah ditetapkan amat dihargai.

Sekian terima kasih.

UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK


Kemudahan Cuti Bersalin Swasta

TATATERTIB - Kemudahan Cuti Bersalin Swasta
Posted by balan on 13/08/2012 9:30:00 am (24 reads) News by the same author

****MAKLUMAN****

Semua Pengetua dan Guru Besar

Tuan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Untuk makluman, suatu taklimat/kursus mengenai Pengurusan Tatatertib telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta (U) pada 8/8/2012(Rabu) jam 9 pagi. Sewaktu taklimat/kursus tersebut, wujud persoalan mengenai cuti bersalin swasta.

3. Sehubungan dengan itu, seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya seperti yang termaktub di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010. Merujuk kepada para 15.1 pekeliling yang sama, jelas menyatakan bahawa pegawai/guru wanita boleh menggunakan cuti bersalin swasta dan layak mendapat kemudahan seperti pekeliling tersebut. Pegawai dengan ini, tidak perlu mendapatkan endorsan dari Pegawai Perubatan Kerajaan seperti Cuti Sakit Swasta(Perintah Am 15(a) & Perintah Am 15(b) Bab C).

Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menyebar luas mengenai perkara diatas kepada semua pegawai dibawah seliaan tuan.

Sekian terima kasih.