PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Ahad, 2 September 2012

Urusan Kenaikan Pangkat

Muat Turun SURAT SIARAN di sini.

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah

Menengah dan Rendah Negeri Perak


Tuan/Puan,

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013


Sukacita saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)SULIT 0063/1/1 JILID 15 (12) bertarikh 14 Ogos 2012 berhubung dengan perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak dalam proses menguruskan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Tahun 2013. Pegawai yang layak adalah seperti di LAMPIRAN A.(sila klik untuk lihat dan muat turun)

3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki memperakukan semua pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan dengan melengkapkan borang di LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9.

Sila klik untuk lihat dan muat turun:

LAMPIRAN B1

LAMPIRAN B2

LAMPIRAN B3

LAMPIRAN B4

LAMPIRAN B5

LAMPIRAN B6

LAMPIRAN B7

LAMPIRAN B8

LAMPIRAN B9

4. Oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan sistem epangkat sepenuhnya, maka pihak tuan/puan dikehendaki memastikan semua maklumat pegawai-pegawai yang layak dinaikkan pangkat Tahun 2013 dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang perlu dikemaskinikan dalam sistem epangkat adalah seperti berikut:

4.1

Maklumat akademik;

4.2

Maklumat Pengisytiharan harta (Surat kelulusan pengisytiharan harta tahun 2009 ke atas);

4.3

Maklumat pengalaman bekerja (5 tahun terakhir);

4.4

Maklumat Perkhidmatan;

4.5

Maklumat tempoh percubaan berdenda dan tatatertib (jika ada);

4.6

Maklumat cuti; dan

4.7

Maklumat markah prestasi (Tahun 2009, 2010 dan 2011).

5. Selepas semua maklumat dikemaskini pihak tuan/puan selaku Ketua Jabatan hendaklah membuat pengesahan (‘Klik’ butang hantar pengesahan).

6. Bagi memudahkan jabatan ini membuat semakan dan memperakukan pegawai yang layak dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan Tahun 2013 tuan/puan dikehendaki mengemukakan ke jabatan ini (u.p Unit Naik Pangkat) sebelum atau pada 14 September 2012 dokumen-dokumen seperti berikut:

6.1

Borang LAMPIRAN B1 hingga B9 (Mengikut mana berkenaan)

6.2

Salinan diakui sah Kad Pengenalan di atas kertas A4;

6.3

Salinan diakui sah surat pelantikan tetap Gred DGA29/DG41

6.4

Salinan diakui sah surat pengesahan dalam perkhidmatan Gred DGA29/DG41

6.5

Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DGA32/DGA34 (jika berkaitan)

6.6

Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG44 (jika berkaitan)

6.7

Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG48 (jika berkaitan)

6.8

Salinan diakui sah surat kenaikan pangkat Gred DG52 (jika berkaitan)

6.9

Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta tahun 2009 ke atas.

6.10

Kenyataan Ketua Jabatan (klik untuk lihat dan muat turun)

  1. Markah LNPT – Tahun 2009, 2010 dan 2011 (Pegawai yang sedang cuti belajar, cuti tanpa gaji, cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun 2009, 2010 dan 2011 hendaklah mengemukakan markah LNPT bagi tahun sebelumnya.

  1. Salinan surat laporan tatatertib/keputusan tatatertib/surat pertuduhan/kes mahkamah jenayah/perintah kebankrapan sekiranya pegawai yang pernah/sedang dalam tindakan tersebut.

6.11

Salinan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini.

7. Sebarang masalah jika ada, sila hubungi Unit Naik Pangkat di talian 5015059, 5015060, 5015061, 5015306 dan 5015064 untuk penjelasan selanjutnya.

Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Tempat Ketiga Pertandingan menulis karangan “Cintailah Malaysia”

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Adik Inani 6 Usaha mendapat Tempat Ketiga Pertandingan menulis karangan “Cintailah Malaysia”. Hadiah disampaikan oleh YB Dato Hj Husni Hanadzlah pada 2.9.2012 di Padang Awam Tanjong Rambutan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah.

Sekian, terima kasih.